Monday 26 March 2012

Cara Baiki Masalah Flash Plugin buntu


Nuffnang Ads
Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... -> http://www.yahoo.com/?r652=1332749999
Baru-baru ini, saya mengalami masalah untuk membuka website youtube. Website youtube boleh dibuka, tetapi video tidak boleh dilihat kerana masalah flash plugin error. Pelik juga kerana sebelum ini tiada masalah pun. Rupa-rupanya ada beberapa update sebelum ini yang menyebabkan perubahan pada plugin yang telah dipasang.
Secara kebiasaannya saya perlu pergi ke website flash untuk download dan install semula plugin flash, tetapi kali ini saya cuba cari penyelesaian lain pula. Ada jumpa cara command line untuk membaikinya, tetapi saya cari dulu penyelesaian yang lain yang lebih mudah, kalau-kalau ada. Akhirnya saya merujuk kepada saudara admin blog sumberterbuka.net, (cara paling mudah sebenarnya ialah “bertanya kepada yang pakar” :D ). Terima kasih sumberterbuka.net!
Terlupa pula ubuntu menyediakan cara penyelesaian sangat mudah ini…

Cara Baiki Masalah Flash Plugin Ubuntu

    cara baiki masalah flash plugin ubuntu
  1. Buka System>Administration>Synaptic Package Manager
  2. search “flash” atau “flashplugin”
  3. Right Click pada package “flashplugin….” dan pilih “reinstall”
  4. Selepas siap reinstall, uji package flash plugin dengan membuka website youtube
* Teknik ini tidak semestinya untuk membaiki plugin flash sahaja, banyak masalah perisian boleh dibaiki menggunakan “Synaptic Package Manager” reinstall ini. Yang penting anda dapat mengesan punca masalah yang terjadi bagi mengenalpasti mana satu package perisian yang perlu di reinstall (installasi semula).




Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
 

No comments:

Post a Comment